Freelance Photographer Photoblog, portfolio and life.

Archive for October, 2011

Azam Portfolio #2

Salam… Hepi Depavali kepada semua penganut hindu di muka bumi ini!!

Slumb3r akan develop 1 page hanya untuk Crew Slumb3r Studio. Entah bila. Hahaha!. Tapi buat sementara ni eloklah korang kenal sedikit pasal kami.

Post lepas cerita sedikit pasal background Slumb3r Studio ni maka post kali ini adalah pasal crew.

Slumb3r Studio dianggotai oleh 5 orang dan cuma sekadar hobi pada asalnya. Slumb3r, Azam, Remy dan Najmi merupakan rakan sekelas sewaktu Diploma dahulu dan sekarang kami sedang menunggu untuk intake Februari UiTM Shah Alam untuk peringkat Ijazah Pertama. Miss A adalah Slumb3r punya marka yang kini masih dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Penerbitan di UiTM Shah Alam.

Slumb3r cerita dululah pasal Slumb3r Bermula dengan latar belakang pendidikan.

Slumb3r adalah anak Johor yang menetap di Perak. Sekolah Rendah di Sek Ren Ayer Hitam, Batu Pahat dan Sek Ren Bukit Waha, Kota Tinggi dari tahun 1997-2002. Jangan keliru sebab Slumb3r hanya bersekolah setahun di Kota Tinggi sewaktu 4 sebab ikut ibu berpindah dan tahun 2001 pindah semula di Ayer Hitam.

Selama 2 tahun dari 2003 Slumb3r belajar di SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam dan berpindah lagi ke SMK Tun Abdul Razak Selekoh, Perak pada tahun 2005.  Tingkatan 6 selama 2 minggu di Sek Men St. Anthony, Teluk Intan (HAHAHA!) dan meneruskan pengajian di GIATMARA Teluk Intan sehingga akhir tahun 2008.

Mendapat tawaran untuk mengikuti khursus Diploma in Mass Communication and Media Studies di UiTM Lendu, Melaka selama 3 tahun (kot) bermula Disember 2008 sehingga Oktober 2011.

Oleh kerana Team Slumb3r Studio ini pakar dalam bidang ‘Media’, maka terbaiklah sekiranya kami menerapkan skill yang kami belajar selama 3 tahun itu kedalam bidang keushawanan ini menerusi label Slumb3r Studio ini.

Mungkin pengalaman kami tidaklah segempak profesional dan semega diva-diva seperti Saiful Nang, Acai Jawe, AnnasEaskay, Irmi Ismail kerana kami baru berjinak2 dalam bidang fotografi ini tidak lama. Tapi dengan berbekalkan bakat yang kami ada, kami cuba ketengahkan kepada masyarakat bahawasanya kami mampu dan boleh membawa fotografi ketahap mega profesional seperti bidang2 kedoktoran, farmasi dan seumpamanya. <= Macam tiru ayat Saiful Nang ja… hehehe!

Owh… Lagi satu. Kami menganggap skill kami dalam bidang ‘Media’  adalah lambang keunikkan kami kerana anda dapat membezakan hasil dari photographer biasa dan kami dari segi final product yang kami hasilkan. Emotion, passion and moment is there. I mean disamping dari gambar, produk fizikal seperti album gambar, CD dan sebagainya.

Dah la. Cukup promot sikit2. Kang takda idea nak tulis apa dalam post akan datang.

Untuk itu, Slumb3r nak berkongsi sambungan gambar2 dari post lepas. Masih lagi dengan portfolio salah seorang team Slumb3r Studio, Azam.

 


Azam Portfolio

Salam…

Slumb3r fikir2 balik, nak buat blog ni dalam bahasa Inggeris, tapi memandangkan target customer Slumb3r dari rakyat Malaysia, Slumb3r rasa la kan lebih baik photoblog ni ditulis dalam Bahasa Melayu. Senang nak tulis dan senang pembaca nak faham.

Slumb3r nak share banyak lagi gambar tapi buat masa ni akan diletak secara berperingkat2. Antara sebab kenapa Slumb3r buat macam itu adalah Slumb3r rasa:

1. Bagus untuk SEO.

2. Slumb3r sendri suka regular update dari heavy update.

3. Boleh tulis2 benda yang mengupkan SEO blog ni.

Haha.

Tapi Slumb3r tak buat intro lagi pasal Team photography Slumb3r Studio ni, jadi post kali ini adalah pasal sejarah Slumb3r studio ni.

Slumb3r nak cerita dulu la ye macam mana boleh dapat nama ‘Slumb3r’ ni.

Pada tahun 2001 masa internet dial-up connection 1515 dulu Slumb3r telah mengenal internet. Slumb3r celik mata dah kenal komputer sebab mak slumb3r dulu guru. Masa tahun 2001 tu tengah hot main game ragnarok online. Slumb3r addict game tu sampai hari ni, 11 tahun layan game tu lagi. Main game tu slumb3r kenal ramai orang. Minat slumb3r bertukar ke chatting pulak. Masa tu hot msn la, ym la, bluehyppo chat la.

Tahun 2002 Slumb3r aktif main chatting kat kampung chat, bluehyppo chatting room dengan ym. Slumb3r dulu ada kenal satu budak nama nick dia ‘Adeq Slumber’ unbelievablely, she is Chinese that adapting Malay Culture (speaking, dress and even couple with malay boy).  Yeah! SHE!

Slumb3r masa itu hingusan lagi dan secara otomatiknya Slumb3r meniru nick beliau dengan mengubah sedikit depannya menjadi ‘Abang Slumber’. Obvious sangta kot yang Slumb3r masa tu budak hingusan. Maka dari situlah start Slumb3r guna nick itu di alam maya ini sampailah sekarang. Apa yang membezakan dulu dengan sekarang ialah penggunaan huruf ‘e’ ditukar kepada nombor ‘3’ sebagai sibolik huruf ‘e’ besar yang diterbalikkan.

Slumb3r masuk diploma masa tahun 2008 dulu dan slumb3r dapat idea untuk buat label sendiri selepas mendapat job pertama Slumb3r di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak Selekoh, Perak pada tahun 2009 untuk membuat montaj memori tingkatan 6 atas second batch. Masa tu nama production, LheeBham Production. Dapat kontek dari Miss A yang merupakan student kat situ. Dari situ Slumb3r memperbaiki produk slumb3r dan berjinak2 denga fotografi semasa tahun 2010

Tahun 2010 merupakan tahun pertama slumb3r membeli, mengguna dan belajar pasal SLR. Kamera Slumb3r itu masih digunakan. Awal tahun 2012 pula adalah job pertama Slumb3r untuk bidang fotografi iaitu kenduri Ainul Syatirah dan Zul.

Dengan bergerak solo pada masa itu sehingga kini Slumb3r ada 4 orang photographer (termasuk Slumb3r) dan 1 designer.

Slumb3r kenalkan la dulu team members Slumb3r Studio ni secara ringkas.

1. Azam (Photographer)

2. Remy (Photograhper)

3. Najmi (Photographer)

4. Miss A (Designer)

5. Slumb3r aka Ghafar aka Lebam aka Par (CEO/Designer/Photographer/Photoblog & FB  Moderator/ Balaci/ Kuli/ Pencacai)

Untuk Post ni, Slumb3r nak share work Azam terdahulu. Tak tahulah dari siapa sebenarnya gambar ni sebab Azam ngan Remy tu dah gerak solo sebelum join team ni. Gambar dipamerkan ini mungkin dari Azam atau Remy sebab……. Sebab apa pon tak tahulah. Tapi semua gambar ni Slumb3r dapat dari Azam.


Farewell Photoshoot

Hi.

 

Sorry for the long gone without any update with the blog. Slumb3r got busy lately coz of the studies. Now Slumb3r in loooong holiday after graduating from diploma. Waiting for degree intake this February next year. Got about 4 months before continuing studies. Before that, Slumb3r wanna share several picture taken just before the holiday.